Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kematian Juruaudit: Suami Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mengejutkan.. Suami Muflis, Rumah...

RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida...

Raja Ilya Nafi Buat...

AWAL tahun lalu, nama Raja Ilya pernah menggemparkan industri apabila dia memberitahu akan...

Had Laju Kekal 110...

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kerajaan belum bercadang untuk meningkatkan...

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemilihan Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan antaranya diputuskan berpandukan kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau antara lain mengakui tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan, selain menjelaskan tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.

“Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN). Dia didakwa (tetapi) belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.


Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih.

“Dia tidak boleh jerit rasuah tetapi ambil projek (bernilai) ratusan juta ringgit, tak boleh!,” katanya pada selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori