Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dapatkan Ujian Dan Rawatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS...

‘Tidak Boleh Beri Laluan...

KUALA LUMPUR : Kelonggaran untuk pencarum mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

SPNB Terima 81,206 Permohonan...

MERSING - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah menerima sebanyak 81,206 permohonan Rumah...

Tiada Masalah Isytihar Harta...

KUALA NERUS - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia...

Hasil Siasatan Tanah Runtuh Akan Dibentang Ke Kabinet

BANGI : Hasil siasatan mengenai tanah runtuh di Father’s Organic Farm yang sehingga ini mengorbankan 21 orang akan dibawa kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata saisatan sedang dilaksanakan dan laporan dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

“Mengenai tragedi yang berlaku di Batang Kali semalam, saya sempat melawat tapak kejadian bersama dengan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (pakar gaya hidup lestari). Kita lihat bagaimana sebenarnya.

“Kawasan itu sebenarnya tak hujan saya ingat beberapa hari sudah (tidak hujan). Tetapi apabila berlaku tanah runtuh, air itu mencurah-curah. Bagaimanapun tentulah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi dan sebagainya. Kajian sedang dilaksanakan dan laporan kita akan dapat dalam masa yang terdekat.

“Kementerian dan juga Kabinet akan dapat satu laporan tentang perkara tersebut, jadi butiran itu apabila kita dapat maklumat lanjut baru kita akan kongsikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hari Denai Alam: Melestarikan Alam 2022, Denai Alur Ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.


Ditanya adakah undang-undang yang longgar antara faktor berlaku kejadian seumpamanya berulang di negara ini, Nik Nazmi berkata penyelesaian kepada masalah itu akan dilihat secara menyeluruh.

“Hukuman lebih tegas? Kita tengok semua option (pilihan) termasuk perkara tersebut. Tetapi kita juga tahu bahawa mungkin tahap pembangunan di sesuatu tempat terlalu pesat (menyebabkan tanah runtuh), mungkin juga kadar taburan hujan banyak…jadi itu potensilah.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi, tetapi kementerian akan lihat semua aspek.

“Di pihak kementerian kita nak ambil pendekatan yang holistik sebab perkara ini tidak akan jadi hanya satu insiden. Kita nak selamatkan dan lindungi rakyat khususnya. Jadi perkara ini kita akan ambil perhatian,” katanya.

Apa pun beliau berkata, tragedi berkenaan bukti kepada manusia sebagai insan kerdil bahawa sekiranya tidak menjaga alam sebaik-baiknya, kesan besar boleh berlaku.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori