KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri hingga Sabtu ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran cuaca buruk itu diramal di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
Di Perak, ia membabitkan daerah Hulu Perak dan Kala Kangsar manakala di Pahang pula di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, ramalan berkenaan juga dijangka berlaku seluruh daerah di Kelantan dan Terengganu.
Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan atau aplikasi mobil, myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
BHonline-