Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Syarikat Miliki Stok Dibayar...

ALOR SETAR - Syarikat yang masih mempunyai stok barangan yang telah dibayar Cukai...

Bayi 6 Bulan Maut...

SEMPORNA - Seorang bayi perempuan berusia 6 bulan maut, manakala empat lagi cedera...

Sukar Tunai Manifesto Bukan...

KUALA LUMPUR - Selepas 16 bulan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya...

Bah Terengganu Tambah Buruk,...

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan...

Isu Jawatan Presiden, Timbalan Presiden: UMNO Perak Belum Buat Keputusan

IPOH – UMNO Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka sebaliknya akan berbincang mengenai perkara tersebut terlebih dahulu menerusi mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri pada 8 Januari depan.

“UMNO Perak belum buat keputusan kerana kita akan mengadakan mesyuarat pada 8 Januari. Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan bermesyuarat pada 5 Januari iaitu Khamis depan.

“Kita akan bincang dalam majlis tertinggi dulu, tengok keadaan dia sebab ia ada pro dan kontra. Ada orang kata bagus, ada kata tak bagus. Kita tengok keadaan dulu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Saarani berkata, UMNO Perak tidak menerima apa-apa arahan daripada mana-mana pihak untuk membuat keputusan sama ada kedua-dua jawatan itu perlu dipertandingkan atau tidak.


Katanya, hanya ada satu pandangan berhubungan perkara berkenaan iaitu yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bahawa jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan.

Ini kerana, beliau berkata, Jamal berpandangan bahawa parti tersebut masih berada dalam keadaan tidak stabil, justeru ia tidak wajar dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini.

“Bagaimanapun, saya percaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dah jelaskan dalam wawancara baru-baru ini bahawa sebagai seorang demokrat, beliau tidak mahu menyekat (daripada mempertandingkan jawatan presiden, timbalan presiden),” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori