Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kartunis Kontroversi Direman Sehari...

GEORGE TOWN - Polis mendapat perintah reman selama sehari ke atas seorang kartunis...

Isu Vape: Ambil Kira...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa dan pengguna rokok elektronik atau vape harus bertenang...

Perjanjian Inisiatif REDD Tidak...

PUTRAJAYA - Perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri Kelantan dan sebuah syarikat swasta...

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan bekas kekasihnya selepas berlaku perselisihan faham, seorang pengawal...

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jamal berkata, penyertaan dalam badan bukan kerajaan (NGO) itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai penghibur.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menarik diri. Ia berikutan saya merasakan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur yang menginginkan semua orang menyukai saya termasuk peminat yang juga berada dalam parti-parti politik.

“Malah, saya akui ramai yang meminta saya menarik diri termasuklah keluarga, sahabat dan peminat-peminat,” katanya kepada BH Online.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Gadis Melayu itu, dia akan lebih bebas bersuara sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Saya turut berpendapat lebih baik kekal neutral dan kalau ingin melontarkan pandangan, biarlah dengan cara yang tersendiri,” katanya.


Justeru, Jamal melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong penyertaannya dan mempercayai kewibawaannya dalam membangunkan MN.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjemput saya menyertai MN dan yakin dengan diri saya.

“Memang sebagai bapa dan ketua keluarga tiada lain yang saya inginkan untuk negara yang tercinta melainkan negara yang aman, bersatu padu, makmur dan sejahtera. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pelantikan penyanyi bervokal mantap itu sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN diumumkan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di pejabat MN, di sini, kelmarin.

Selain Jamal, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori