Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shahrol Tak Sambung Kontrak,...

SEBAB utama pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro tidak menyambung kontraknya bersama dengan...

Sultan Selangor Rasmi Bangunan...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan bangunan baharu lapan tingkat bernilai...

Ikan Keli Emas Terperangkap...

SARATOK - Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap...

Cucu Muhyiddin Curi Tumpuan

IPOH - Walaupun baru berusia 13 tahun, Iman Alisha Fakhri Yassin membuktikan dirinya...

Jelajah Ehsan Rakyat Diteruskan Tahun Depan

SHAH ALAM : Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang mula diadakan pada tahun ini dikatakan mendapat sambutan lebih tiga juta rakyat Selangor dan akan diteruskan pada tahun hadapan bermula 15 Januari bagi siri keduanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jualan murah barangan asas itu akan mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Program yang menyasarkan 800,000 penduduk turut disertai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah).

“Dengan kerjasama ini, lebih banyak produk dijual antaranya roti dan bukan hanya barang basah. Petang ini juga saya akan berbincang dengan pembekal bagi membolehkan roti dijual pada harga lebih rendah dari pasaran.

“Kita bukan mahu jadi juara. Program ini bersifat intervensi iaitu sementara. Mungkin maksimum sehingga tiga bulan atau menjelang sambutan Aidilfiti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi JER semalam.


Amirudin menambah, program melibatkan anggaran peruntukan sehingga RM15 juta itu mungkin diadakan lebih dari sembilan daerah dalam sehari.

“Fama dan KoHijrah memiliki kemudahan lain seperti tapak niaga dan lori. Kalau ada keperluan kita tambah memandangkan ramai penduduk mahu program diadakan lebih kerap,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menguruskan jualan murah berkenaan menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar RM10 per pek dan telur gred B RM10 sepapan.

Jelasnya lagi, turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung RM6 setiap pek, minyak masak lima kilogram RM25 dan beras lima kilogram RM10.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori