Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muhammad Hawari Pula Hilang...

PUTRAJAYA: Berita duka terus menyelebungi kem pasukan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023)...

PM Tiba Di Arab...

AHLAN WA SAHLAN... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di...

‘Sepuluh Jong Masuk Kuala,...

BILA orang bagi cadangan, kau marah. Bila orang nak bantu, kau ego. Apa...

“Insiden Berlaku Depan Mata,...

PELAKON dan isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin mengakui berada di tempat...

Junta Myanmar Bunuh 165 Kanak-Kanak Pada Tahun Ini

NAYPYIDAW – Kira-kira 165 kanak-kanak dilaporkan maut di tangan junta tentera Myanmar pada 2022, demikian menurut laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut data yang dikongsi pihak pembangkang dalam buangan iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 78 peratus dalam jumlah kematian kanak-kanak berbanding 2021.

Media tempatan Myanmar turut merekodkan jumlah tersebut rentetan serangan artileri yang menyasarkan kumpulan-kumpulan antijunta.

Jurucakap Kementerian Wanita, Belia dan Hal Ehwal Kanak-Kanak NUG mendakwa bahawa junta Myanmar sedang mempertingkat keupayaan pengeboman dan serangan udaranya serta kerap menyasarkan sekolah-sekolah yang beroperasi di kawasan dikawal oleh NUG.

Bercakap kepada akhbar The Guardian, perunding kanan di Myanmar untuk Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Thomas Kean berkata, angka yang dikeluarkan NUG kelihatan boleh dipercayai, sambil menambah, bedilan artileri dan serangan udara telah dilancarkan secara rawak.

Tempoh beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan berpuluh-puluh kanak-kanak mati dalam insiden pembunuhan beramai-ramai yang bermula selepas kerajaan awam pimpinan Aung San Sung Kyi digulingkan pada Februari 2021.


Beribu-ribu orang kehilangan nyawa sejak rampasan kuasa itu berlaku.

Pada September lalu, lebih 12 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas sebuah sekolah di wilayah Sagaing, dan pada November lepas pula, serangan di negeri Rakhine telah membunuh 10 orang termasuk kanak-kanak.

Pembunuhan beramai-ramai semasa perayaan Krismas tahun lepas di negeri Kayah juga turut mengorbankan kanak-kanak.

Laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak Myanmar juga menjadi mangsa penyeksaan fizikal.

Pada Jun lalu, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa bercakap mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar berkata, terdapat laporan mengenai kanak-kanak yang dipukul, dikerat, ditikam, dicucuh api rokok dan dicabut kuku mereka.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori