KOTA KINABALU – Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu pada Sabtu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengambil pertimbangan keadaan landskap politik negara ketika ini.
“Hari ini, kita sebulat suara telah mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan Bersatu. Kami membuat keputusan ini setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.
“Kerajaan negeri yang ditunjangi oleh GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
-Sinar Harian