Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy Note5, Galaxy...

SELEPAS membuat penampilan peringkat global baru-baru ini, hari ini Samsung Malaysia Electronics Sdn...

Julang Piala Malaysia Imbau...

SHAH ALAM - Kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali kelima merupakan detik paling...

Perbicaraan ADUN Tronoh Ditangguh,...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rogol pembantu...

Pedas!! Anak Pelakon Veteran...

Mungkin ada antara pembaca yang sudah terlihat akan satu muat naik status di...

Kesatuan Eropah Beku Aset Russia Lebih RM87 Billion

BRUSSELS – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) diketuai oleh Belgium dan Luxembourg telah membekukan aset berjumlah €18.9 bilion (RM87.7 bilion) milik oligarki dan entiti Russia yang dikenakan sekatan oleh Barat berhubung perang perang Ukraine, kata Brussels.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Belgium mendahului dengan membekukan aset Moscow berjumlah €3.5 bilion (RM16.2 bilion) diikuti oleh Luxembourg €2.5 bilion (RM11.6 bilion), Itali sebanyak €2.3 bilion (RM10.6 bilion) dan Jerman dengan €2.2 bilion (RM10.2 bilion), demikian menurut statistik EU setakat 25 November lalu.

Ireland, Austria, Perancis dan Sepanyol merupakan anggota EU lain yang masing-masing membekukan aset milik Russia bernilai lebih €1 bilion (RM4.6 bilion)

EU melaksanakan gelombang sekatan berulang kali ke atas ekonomi Russia sejak Moscow melancarkan pencerobohan berskala penuh terhadap Ukraine, Februari lalu.

Walaupun sesetengah negara EU melaporkan sasaran pembekuan aset yang besar, sebilangan lagi negara anggota blok berkenaan pula jauh ketinggalan.


Malta iaitu negara anggota EU yang menguruskan skim kontroversi ‘pasport emas’ untuk pelabur kaya termasuk rakyat Russia, berada di kedudukan tercorot senarai itu dengan pembekuan aset berjumlah €146,558 (RM680,637).

Greece berada di tempat kedua tercorot dengan €212,201 (RM985,493) .

Secara keseluruhan, seramai 1,241 individu dan 118 entiti Russia telah dikenakan sekatan aset dan larangan memasuki EU kerana peranan mereka dalam konflik di Ukraine.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori