Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Himpunan Protes Harga Minyak...

Hari ini di bangunan Parlimen, kira-kira 100 orang berhimpun kononnya bagi membantah tindakan...

Anggota Tentera Didakwa Salah...

KUANTAN – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Banjir Di Segamat Pulih...

JOHOR BAHRU - Banjir di Segamat pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara...

TNB Beli Arang Batu...

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan...

KKM Rangka Pelan Atasi Isu Kesesakan Di Jabatan Kecemasan

Putrajaya : Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melihat semua data terkini serta melaksana audit dan penyelidikan berkaitan bebanan tugas serta isu kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara, khususnya di hospital pakar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM sudah mula merangka pelan dan perancangan bagi menyelesaikan isu kesesakan di jabatan terbabit serta memastikan mengekalkan perkhidmatan cekap.

Beliau berkata, kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dipandang serius KKM dan masalah kembali selepas situasi Covid-19 kian reda di mana pesakit bukan terdiri daripada kes Covid-19 juga memenuhi hospital awam.

“Saya memahami situasi yang berlaku ketika ini yang sememangnya menyukarkan pesakit dan warga KKM sendiri. Usaha untuk mengatasi isu ini perlulah membabitkan pelbagai pihak dan pemegang taruh.

“Contohnya, bagi mengetahui masalah dan keperluan khusus mengikut negeri, KKM akan lakukan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang relevan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, KKM juga akan melihat potensi kerjasama strategik bersama sektor swasta termasuk Pengamal Perubatan Am (GP) bagi memperkasakan lagi penjagaan kesihatan primer.


Dr Zaliha berkata, pada masa sama, pelbagai inisiatif juga dilaksanakan KKM bagi meningkatkan kecekapan pengendalian pesakit.

Katanya, situasi kesesakan ini juga sudah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 yang disiarkan pada 24 Jun 2019 yang menyebut punca kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah peruntukan tidak mencukupi, anggota kesihatan yang kurang dan kekurangan fasiliti bagi menampung keperluan perkhidmatan kepada pesakit.

“Situasi ini bukan sahaja dihadapi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, tetapi ia turut berlaku di Klinik Pesakit Luar, Wad Pesakit Dalam dan juga di Klinik Kesihatan,” katanya.

Selain itu Dr Zaliha berkata, KKM mengingatkan semua pihak bahawa fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah untuk memberi rawatan kepada individu yang benar-benar memerlukan rawatan kecemasan.

“Justeru, KKM akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk melipatgandakan lagi kempen kesedaran kepada masyarakat tentang fungsi sebenar Jabatan Kecemasan,” katanya.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori