Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengedar Dadah Warga Thailand...

LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada...

Portal Khas Kanak-Kanak Hilang...

SEBANYAK 401 kes kanak-kanak dan remaja yang hilang sejak tahun 2011 dilaporkan masih...

Malaysia-Indonesia Tingkat Kawalan Perairan

GEORGE TOWN - Polis Marin Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama penguatkuasaan perairan kedua-dua...

Raja Saudi Taja Haji...

RIYADH - Persiapan kini sedang giat dijalankan bagi menyambut ketibaan 1,000 saudara-mara kepada...

Korea Selatan Diserang Jangkitan ‘Amoeba Pemakan Otak’

SEOUL : Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan kematian warga tempatan berusia lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari sebuah negara Asia Tenggara pada 10 Disember lalu, selepas menetap selama empat bulan di negara terbabit.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia selepas dijangkiti Naegleria fowleri, yang merosakkan otak, dimasukkan ke hospital sehari selepas kepulangannya dan meninggal dunia pada Selasa lalu.

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup, biasa ditemui di tasik air tawar yang hangat, sungai, terusan dan kolam di seluruh dunia. Amoeba disedut melalui hidung, bergerak ke otak dan memusnahkan tisu otak.


Dalam pada itu, KDCA memaklumkan, kemungkinan penularan Naegleria fowleri daripada individu kepada individu lain adalah rendah, tetapi menasihatkan penduduk tempatan untuk mengelakkan diri daripada berenang di kawasan di mana penyakit itu sudah merebak.

Sebanyak 381 kes Naegleria fowleri dilaporkan di seluruh dunia setakat 2018 termasuk di AS, India dan Thailand.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori