Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Libatkan Pelbagai Akta...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merekodkan sebanyak...

Kedutaan Malaysia Di Amman...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan untuk Palestin dan isyarat...

Polis Pulau Pinang Keluarkan...

Georgetown : Polis Pulau Pinang mengeluarkan hampir 10,000 saman kepada pemandu atas pelbagai...

Malaysia Catat 3.4% Pengangguran,...

KANGAR - Kadar pengangguran sebanyak 3.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun...

Lampu Isyarat Rosak 5 Tahun Sebabkan Kemalangan, Trafik Sesak

KUALA LUMPUR: Masalah lampu isyarat rosak sejak kira-kira lima tahun lalu di sekitar Persiaran Lestari Perdana serta persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana, menyebabkan berlaku kemalangan dan kesesakan trafik sehingga mencetuskan kegelisahan penduduk setempat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru, Skuad Warga Prihatin Taman Lestari Putra (LEP) mendesak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyelesaikan masalah lampu isyarat tidak berfungsi itu dengan segera bagi mengelak berlaku lebih banyak insiden tidak diingini.

Wakil skuad itu, Norizal Razali, 45, mendakwa keadaan itu menyebabkan aliran trafik keluar masuk di persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana menjadi sesak kerana pemandu teragak-agak untuk membelok masuk ke taman perumahan berkenaan.

Beliau berkata, kesesakan semakin kritikal pada waktu tengah hari dan petang apabila tamat waktu persekolahan serta penduduk pulang dari kerja.

“Kami sudah berjumpa dengan pegawai MBSJ untuk mengadu mengenai masalah lampu isyarat tidak berfungsi ini. Menurut mereka, lampu isyarat terbabit dipasang oleh pemaju dan sepatutnya diserahkan kepada pihak MBSJ selepas itu. Malangnya, pemaju terbabit dikatakan tidak lagi beroperasi,” dakwanya.

Norizal berkata, Skuad Warga Prihatin LEP juga sudah mengemukakan aduan rasmi kepada MBSJ pada 17 Oktober lalu, namun belum ada tindakan baik pulih lampu isyarat berkenaan hingga kini.

Beliau berkata, penduduk semakin bimbang apabila berlaku beberapa kemalangan di persimpangan terbabit akibat keadaan itu.


“Pada 2 Disember lalu, berlaku kemalangan antara penunggang motosikal dengan kereta tetapi tiada kecederaan serius. Khamis lalu, sekali lagi berlaku kemalangan antara kereta dengan motosikal membabitkan pelajar yang masih memakai baju seragam sekolah.

“Perlanggaran berlaku apabila ada kenderaan mahu membelok ke simpang masuk ke taman perumahan ini tetapi pada sama, pemandu yang ingin jalan terus pula tidak mahu memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan. Perkara ini boleh dielak jika lampu isyarat dibaiki dan berfungsi,” katanya.

Melalui surat aduan yang dihantar, beliau berkata, pihaknya meminta supaya sesi perbincangan diadakan dengan pihak MBSJ bagi membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu.

“Kami turut membangkitkan isu tiada laluan untuk membolehkan kenderaan membuat pusingan U di hadapan Villa Perdana. Keadaan itu menyebabkan kenderaan terpaksa beratur panjang, malah ada segelintir pemandu membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat MBSJ ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada pegawai yang menjaga kawasan terbabit, untuk mengambil tindakan lanjut dengan segera.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori