Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

SKMM Pantau Laman Web...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau beberapa lagi...

Doa Izzue Islam Untuk...

BARU-BARU ini, pelakon kacak Izzue Islam telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir...

Kalau Hadi Nak Sangat...

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyuruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Didakwa Tampar Anggota Polis,...

PELAKON dan pengarah bergelar Datuk, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota...

Langgar Lampu Isyarat Merah, Perodua Axia Terbakar Dalam Kemalangan

SEREMBAN: Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lagi kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan pusat beli-belah Palm Mall di sini malam semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, Perodua Axia tersebut terbakar akibat impak pelanggaran daripada sebuah kereta BMW 320i yang tidak sempat mengelak sebelum berpusing dan melanggar tiang lampu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Axia seorang lelaki berusia 45 tahun sedang bergerak dari arah stesen minyak Petron Jalan Sungai Ujong menuju ke arah Hotel Time, Seremban seorang diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia terlibat telah bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arah beliau lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, kemudian datang sebuah kereta jenis BMW 320i yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun seorang diri dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri Perodua Axia terlibat.


“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan Perodua Axia itu berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat. Impak pelanggaran tersebut juga telah menyebabkan Perodua Axia terbakar keseluruhan,” katanya.

Jelas Nanda, bagaimanapun dalam kemalangan itu tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa.

“Kenderaan terbakar telah berjaya dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang hadir di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori