Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nad Zainal Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya,...

Ketua Mafia Itali Kena...

Rome - Polis antimafia Itali menangkap seorang ketua samseng yang dikehendaki di Naples...

Mangsa Banjir Di Selangor,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Selangor dan Melaka semakin baik dengan jumlah...

Annuar Janji Berusaha Cari...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Lelaki Alih Kayu Bawah Rumah Lemas, Korban Terbaharu Banjir Kelantan

PASIR MAS : “Saya diberitahu, arwah turun untuk mengangkat kayu daripada dihanyutkan arus banjir di bawah rumah sebelum dia sebaliknya terus hilang dan akhirnya ditemui lemas hari ini,” kata Wan Habsah Wan Yusof.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wan Habsah, 53, adalah saudara kepada mangsa, Mohd Razawi Ahmed, 45, yang ditemui lemas di Kampung Chenerai, Alor Pasir, di sini, jam 10.45 pagi tadi

Katanya, arwah hilang sejak kelmarin selepas jiran melihatnya turun meredah air separas 0.4 meter daripada rumah pada jam 5 petang dan tidak muncul sehingga jam 8 malam tadi.

“Arwah tinggal seorang diri di rumah berkenaan. Selepas dia hilang, paras banjir di kawasan rumahnya juga semakin bertambah hampir satu meter menyebabkan kami sukar untuk mencarinya

“Kehilangan Mohd Razawi dilaporkan kepada polis sebelum mereka mengesyaki bahawa dia lemas. Beberapa anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kemudian menjalankan operasi mencari mangsa sejak semalam.

“Saya terkejut apabila pagi ini menerima khabar dia ditemui meninggal akibat lemas di sekitar rumahnya sendiri, namun bersyukur jasadnya ditemui walaupun sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Habsah berkata, mangsa juga mempunyai penyakit asma kronik dan mungkin jatuh ke air selepas penat mengangkat kayu di bawah rumahnya.


Menurutnya, selepas pengurusan jenazah selesai, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siram, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan penemuan mangsa lemas pada jam 10.45 pagi, hari ini

“Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini sehingga meragut nyawa

“PDRM bersiap siaga selama 24 jam untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori