Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Batal LCS Jejaskan Vendor...

IPOH : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) di Lumut yang ditangguhkan...

Najib Dilantik Pengerusi Lembaga...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengumumkan lantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jokowi ‘Malu’ Bentuk Koc...

JAKARTA - Ketika Malaysia ceria menikmati perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) yang jadi...

Pesawat Singapore Airlines ‘Diserang’...

PESAWAT Singapore Airlines SQ391 dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Istanbul gara-gara 'diserang' burung...

Lelaki Bangladesh Gantung Bendera Malaysia Terbalik Minta Maaf

Klang : Lelaki warga Bangladesh yang menggantung bendera Malaysia terbalik di luar sebuah flat, dihukum denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hukuman diputuskan Majistret P Sarulatha selepas tertuduh, Hosin Ab Diplap, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Hosin didakwa dengan sengaja mencetuskan kemarahan awam melalui tindakannya itu yang dilakukan pada 12.40 tengah hari, 26 November lalu.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang plastik di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Bukit Raja dan pendakwaan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan tindakannya yang tidak menghormati Malaysia.


Jelasnya, hukuman berkenaan adalah bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Sementara itu, Hosin yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada Malaysia atas tindakannya, malah lelaki itu turut menyatakan dia suka dan sayangkan negara ini.

Media pada 27 November lalu, melaporkan seorang lelaki Bangladesh ditahan polis kerana memasang Jalur Gemilang terbalik di luar kediamannya.

Tindakan biadab lelaki itu turut ditegur Pengerusi Komuniti pangsapuri berkenaan namun dia didakwa masih berdegil dan enggan menurunkan bendera terbalik itu yang menyebabkan penduduk membuat laporan polis.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori