Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Instagram Punyai Lebih Ramai...

Instagram secara rasmi mengumumkan, mereka punyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif setiap...

Bas Terbalik: Tiga Masih...

KUANTAN - Tiga pelancong warganegara China yang terlibat dalam kemalangan bas di KM17.13...

7 Lelaki Geng Kongsi...

GEORGE TOWN - Pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca kejadian sekumpulan...

Pengusaha Laksa Kebok Hairan...

BALING - Pengusaha laksa kebok hairan dengan tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Baling (PKDB)...

Lelaki Ditahan Disyaki Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Seorang lelaki ditahan di Klang, Selangor kerana disyaki memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer miliknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada Selasa lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah suspek, PDRM mendapati terdapat sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer miliknya.

“Siasatan juga mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak, selain, memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.

“Sehubungan itu, polis merampas komputer, cakera keras luaran (external hard disk), penghala (router) dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata kejayaan tangkapan lelaki itu adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan suspek kini direman selama empat hari bermula 14 Dis (semalam) hingga Sabtu ini.

Noorsiah berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti mangsa yang terlibat dalam kes ini,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori