Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Amalan Tegur, Kritik Pemimpin...

PUTRAJAYA - Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan...

RUU Pembiayaan Covid-19 Dibentang...

KUALA LUMPUR - Pindaan rang undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit...

PAS Harap PH Tak...

KOTA BHARU - PAS menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap...

PM Umum Bubarkan SPAD,...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan institusi...

Lelaki Rogol Rakan Sekerja Ditahan

TAWAU – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol rakan sekerjanya dalam kejadian di Batu 35 Jalan Tawau – Semporna, di sini, pada Selasa lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suspek berusia 30-an itu ditahan pada jam 7.18 malam Rabu, selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan anggotanya dari Balai Polis Bandar Sri Indah menyerbu rumah suspek di kawasan rumah pekerja ladang di sini.

“Suspek ialah rakan sekerja mangsa dan mereka tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Ketika kejadian, suspek berjumpa dengan mangsa di luar rumah dan telah mengugut menggunakan senjata tajam agar mengikutnya.


“Mangsa yang ketakutan mengikut suspek dan tiba di suatu kawasan, suspek bertindak merogol mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Jasmin berkata, susulan daripada itu, mangsa membuat laporan polis dan hasil serbuan berjaya menahan suspek sehari selepas kejadian rogol berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” katanya.

-Sinar Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori