Banyak organisasi antarabangsa meramalkan dunia akan berdepan kemelesetan ekonomi pada tahun depan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kemelesetan ekoran kadar inflasi, kadar faedah dan beban hutang bagi negara membangun meningkat.
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan global.
Memaksa kira-kira 70 juta penduduk dunia ke dalam kancah kemiskinan tegar pada 2020.
Manakala krisis di Ukraine dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia.
Bagi Malaysia, dasar pragmatik dan responsif ekonominya namun amat diyakini mampu berdepan cabaran itu.
Faktor penting menyumbang kepada daya tahan Malaysia ialah sistem kewangannya yang kukuh dan stabil.
Ini seperti diperjelaskan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar pada September lalu.
Kerana itu juga kita perlu menaruh keyakinan teguh kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Menaruh keyakinan walau apa suasana ekonomi global, LHDNM mampu mengutip cukai signifikan buat negara.
Sekali gus memperkasakan keupayaan kerajaan untuk berdepan sebarang risiko ramalan “recession”.
LHDNM pernah membuktikannya pada tahun 2021 apabila hasil kutipan cukai meningkat tinggi.
Meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2020 kepada lebih RM140 bilion.
Kejayaan itu amat membanggakan kerana menyumbang hampir separuh jumlah pendapatan negara.
Malah semasa dunia dilanda Covid-19 pada 2020, LHDNM merekodkan kutipan RM123.093 bilion cukai.
Kutipan itu lebih 1.393 bilion atau 1.15 peratus lebih tinggi berbanding sasaran iaitu RM121.7 bilion.
Pada tahun ini pula, LHDNM yakin prestasi kutipan cukai berupaya mencapai melebihi RM139.3 bilion.
Tanpa kejayaan-kejayaan tersebut, tentunya ekonomi negara sukar untuk bangkit seperti hari ini.
Misi LHDNM untuk negara tidak akan tercapai tanpa dokongan dan sokongan masyarakat Malaysia.
Justeru, menjadi kewajipan kita semua untuk bersama-sama memastikan kelancaran urusan cukai pendapatan.
Cukai dikutip LHDNM antara benteng Malaysia dan rakyatnya daripada risiko kemelesetan ekonomi.
-Mynewshub