Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Konstabel Polis Patah Kaki...

PARIT BUNTAR - Seorang konstabel polis patah kaki akibat dirempuh seorang penunggang motosikal...

Chef Wan Dinobat Tokoh...

ROMPIN – Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk...

Azmin Anggap Parti Bukan...

KLANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti-parti politik...

Peluang United Dapatkan Ozil...

MANCHESTER United berpeluang cerah untuk mendapatkan Mesut Ozil selepas pesaingnya enggan mengambil risiko. Barcelona...

Lima Sungai Utama Di Kelantan Lepasi Paras Bahaya

KOTA BHARU : Lima sungai utama di Kelantan direkodkan melepasi paras bahaya setakat jam 5 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang melepasi paras bahaya itu ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.92 meter (m) berbanding paras normal 5.00 m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 25.11m berbanding paras normal 19.00m.


Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Lanas di Ayer Lanas, Jeli (29.69m), Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok (9.05m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (35.73m).

Sementara itu, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.46m), Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (55.65m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai, 23.05m.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori