Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Somalia Paling Korup Di...

BERLIN - Somalia menjadi negara paling korap di dunia pada 2018 dengan Denmark...

Lelaki Bedah Sendiri Muka...

China - Akibat terlalu miskin, seorang lelaki yang tidak mampu mendapatkan rawatan di...

Ibu Bapa Kecewa Larangan...

PETALING JAYA - Ibu bapa terus menyatakan rungutan terhadap langkah Kementerian Pelajaran untuk...

Sempadan Sarawak Bebas Ancaman...

KUCHING —Sempadan Sarawak bebas daripada ancaman kumpulan militan, kata Pesurujaya Polis Kontinjen Sarawak,...

Madpet Gesa Dua Pemimpin UMNO Dalam Suhakam Letak Jawatan

Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) menggesa dua anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempunyai kaitan dengan politik agar meletakkan jawatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, jurucakap Madpet, Charles Hector berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan kebebasan Suhakam.

Lebih-lebih lagi, kata Hector, Seksyen 11A(4)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 secara jelas menyatakan bahawa “mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik” telah hilang kelayakan daripada menjadi pesuruhjaya Suhakam.

“Madpet menyeru agar Suhakam yang benar-benar bebas dan aktif, yang akan menegakkan hak asasi manusia dan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan akan berani bertindak dan bersuara walaupun yang melanggar hak asasi manusia itu ialah kerajaan, menteri atau kakitangan awam,” kata Hector.

Dua daripada lapan pesuruhjaya Suhakam adalah ahli politik. Salah seorang daripadanya ialah Hasnal Rezua Merican Habib Merican yang merupakan seorang peguam dan timbalan ketua bahagian Umno Selayang

Seorang lagi ialah Nazira Abdul Rahim yang juga seorang peguam dan ketua wanita Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu serta ahli majlis perbandaran Bandar Baharu.


Kedua-dua mereka dilantik pada Julai tahun ini.

Sementara itu, Hector turut menggesa kerajaan menghapuskan klausa dalam undang-undang yang menetapkan perdana menteri mempunyai hak dalam pemilihan pesuruhjaya Suhakam.

Menurut Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, pesuruhjaya hendaklah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

“Perlu diingatkan bahawa selalunya kerajaan dan/atau kakitangan awam adalah yang didakwa melanggar hak asasi manusia, dan oleh itu, adalah lebih baik pelantikan Pesuruhjaya dilakukan oleh badan bebas – bukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. .

“Mungkin Jawatankuasa yang kini perlu dibincangkan oleh Perdana Menteri sebelum membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong perlu terus membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan pesuruhjaya, dan komposisi jawatankuasa ini sendiri juga tidak sepatutnya ditentukan oleh perdana menteri,” kata Hector.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori