Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buktikan Kejayaan, Ryan Bawa...

BAGAIKAN satu penghargaan buat para wanita apabila semakin hari, semakin banyak nama golongan...

Stacy Nafi Peluk Islam...

PENYANYI yang terkenal dengan imej lincah menari, Stacy mengesahkan dia sudah memeluk agama...

Jangkitan HIV Melalui Transmisi...

KUALA LUMPUR - Jangkitan HIV melalui transmisi seksual menunjukkan peningkatan yang tinggi,dan menjadi...

Pihak Hilang Ahli Keluarga...

GERIK - Polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga tampil membantu siasatan...

Mahkamah: Penceramah Fathi Na’im Didakwa Lagi

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam yang sebelum ini dituduh sembilan pertuduhan seksual, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun Muhammad Fathi, 30, yang juga bapa lapan anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Semasa prosiding, Hakim Tasnim mengingatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan kes tersebut terutama di platform media sosial.

“Semua pihak diminta tidak mensensasikan kes di media sosial,” katanya.

Terdahulu Muhammad Fathi didakwa lagi atas satu pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun di sebuah hotel di sini antara pukul 2 pagi hingga 10 pagi pada 3 Disember 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Mangsa dalam kes ini adalah mangsa sama seperti pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Semasa prosiding, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak menganggu saksi-saksi pendakwaan, pasport diserahkan selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan.


Bagaimanapun peguam Muhammad Ashraff Mohd. Diah memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung tiga isteri serta lapan anak.

“Tertuduh juga telah hilang punca pendapatan apabila kontraknya dengan sebuah stesen televisyen telah dibatalkan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan menetapkan syarat-syarat seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Januari 2023 untuk sebutan semula kes.

Pada 29 November lalu, Kosmo! melaporkan Muhammad Fathi Na’im, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, atas sembilan pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan hubungan seks dengan objek pada 2021 dan tahun ini.

Kosmo! pada 19 Julai lalu melaporkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di negeri ini.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang pada 18 Julai lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori