PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah dibatalkan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat pertindihan fungsi dan jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu.
“Itu (MPN) juga satu pertindihan, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Anwar turut memberitahu, kedudukan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) juga akan diteliti untuk turut dibubarkan kerana ada banyak badan-badan seumpamanya yang menyebabkan berlakunya pertindihan bidang kuasa.
Katanya, jika bidang tugas boleh dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Agensi seumpamanya akan dikurangkan kerana pertindihan tugas boleh mengakibatkan kos tinggi.
“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Malah tugas Perdana Menteri juga banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertangungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri.
“Tapi mana yang boleh digabungkan, maka akan digabungkan,” katanya.
-Utusan Online