Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Warga Myanmar...

IPOH - Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemukan mati dipercayai ditikam manakala adiknya...

Eksklusif! Sharifah Khasif Ganti...

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura 'haram' dua...

Najib Tidak Akan Lari,...

BERANI kerana benar!... Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa tidak akan melarikan...

Suspek Terbabit Kes Pergaduhan...

Kuala Terengganu : Polis mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan...

Menteri Mahu Bincang Turunkan Tiket Penerbangan Musim Raya

Anthony Loke akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menurunkan tambang penerbangan bagi memudahkan perjalanan ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan berkata dia tidak akan melupakan janjinya ketika berkempen di Sibu semasa pilihan raya umum.

“Saya tahu orang ramai mahu tambang penerbangan diturunkan sebelum Tahun Baru Cina, saya akan selesaikan hal ini,” katanya dalam temu bual bersama media rasmi DAP The Rocket semalam.

Ketika pertama kali bertugas sebagai menteri pengangkutan sebelum ini, Loke mendesak untuk menambah penerbangan domestik selepas tengah malam dengan harga murah.

Pada Nov tahun lalu, menteri pengangkutan terdahulu, Wee Ka Siong berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam penetapan harga penerbangan domestik.

“Sejak 2006, kita telah membenarkan persaingan untuk penetapan harga. Dengan pandemik masa ini dan penutupan industri, syarikat-syarikat ini telah menanggung kerugian besar,” Wee dilaporkan berkata di parlimen.

Pada Mac, Wee menasihati pengguna untuk menempah tiket untuk musim perayaan Tahun Baru Cina secara lebih awal bagi mengelak membayar harga yang tinggi.


Digitalkan JPJ, hapus‘lesen kopi o’

Sementara itu, Loke berjanji untuk mendigitalkan sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian Pengangkutan, terutama yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini termasuk ujian memandu, pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, katanya.

“Ujian memandu khususnya, saya ingin menjadikan segala proses ujian memandu ini telus dan digitalkan serta menghindari budaya ‘pau’ (sogokan).

“Saya harap segala proses ujian memandu akan lebih telus, lebih berwibawa dan lebih meyakinkan golongan muda,” katanya.

Dia merujuk kepada budaya ‘pau’ untuk mendapatkan lesen memandu, juga dikenali sebagai ‘lesen kopi o’.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori