DOHA: Ada gambar yang meninggalkan kenangan dalam sejarah sukan. Gambar ikonik yang setiap orang impikan untuk ditiru suatu hari nanti.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ia berlaku terhadap foto Diego Maradona selepas final Piala Dunia 1986 di Mexico yang menunjukkan El Pelusa menjulang Piala Dunia ketika dia meraikan kejayaan itu di Stadium Azteca sambil duduk di atas bahu seseorang.
Kelihatan imej seperti itu tidak akan berulang lagi tetapi ia berlaku sebaliknya.
Lionel Messi akhirnya berjaya memenangi Piala Dunia, sama seperti idolanya dan gambarnya sambil dipikul di bahu seseorang diabadikan.
Dalam kes Messi, rakan karibnya Sergio Kun Aguero tidak teragak-agak mengangkat Messi di bahunya sebelum membawanya mengelilingi padang di Stadium Lusail.
Aguero sangat rapat dengan Messi.
Kedua-duanya berkongsi karier dalam skuad remaja dan senior pasukan kebangsaan Argentina.
Malah Aguero, bekas pemain Manchester City dan Barcelona yang kini bersara, juga berkongsi bilik dengan Messi pada Piala Dunia di Qatar kali ini.
BHonline-