Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Trend Zikir Sambil Goyang...

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin...

Pengurusan Genting Tak ‘Sorok’...

BENTONG - Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di...

Honda HR-V Baharu Di...

KUALA LUMPUR - Kereta Honda HR-V baharu akan mula berada di pasaran negara...

Berdoa Persediaan Mental Juruterbang...

KUALA LUMPUR - Juruterbang telah dilatih dengan begitu komprehensif bagi  persediaan mental termasuk berdoa ketika menghadapi pelbagai...

NADMA Segera Salur Bantuan Waris, Mangsa Insiden Batang Kali

PUTRAJAYA : Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan segera bantuan kepada mangsa dan waris insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor sebaik mendapat data dan maklumat daripada agensi berkaitan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sedang mengumpulkan data dan maklumat berkenaan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah selesai dan kini fokus adalah pengurusan pasca bencana termasuk penyaluran bantuan kepada para mangsa dan ahli keluarga terlibat.

“Salam takziah buat kesemua 92 orang mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor baru-baru ini.

“Kita bersyukur kerana 61 mangsa berjaya diselamatkan dan amat berdukacita dengan kematian 31 mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang bertungkus-lumus selama sembilan hari lalu.


Armizan berkata, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepadan Pegawai Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi JPBD dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menurutnya, selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat termasuk pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta banyak lagi.

“Walaupun insiden Batang Kali dalam kategori Tahap I yang dikendalikan JPBD Hulu Selangor, namun bantuan dan kerjasama datang daripada pelbagai pihak di peringkat pusat dan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata, rakyat Malaysia masih perlu terus bersiap siaga kerana negara masih belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut 2022/2023.

“Sentiasa peka kepada informasi dan amaran, serta perlu patuhi nasihat agensi berwajib demi keselamatan bersama,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori