KUALA LUMPUR : Pasukan National Task Force (NTF) yang bertanggungjawab atas pengendalian Operasi Benteng (Op Benteng) sejak 2020, dibubarkan secara rasmi hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pembubaran NTF yang beroperai selama dua tahun, tujuh bulan dan 25 hari itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
NTF ditubuhkan pada 6 Mei 2020 membabitkan gabungan 18 agensi penguat kuasa dan keselamatan kerajaan yang bertanggungjawab mengekang penyebaran wabak COVID-19.
Ia susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 29 April 2020 melalui Op Benteng.
Op Benteng melalui kuasa Akta 342 iaitu Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, digerakkan oleh NTF bagi membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam negara serta mengekang penyebaran wabak COVID-19.
-Berita Harian