Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar: 28...

KUALA PERLIS - Sebanyak 28 kawasan berisiko dijangka dilimpahi air laut berikutan fenomena...

Wanita Tiada Dokumen Pengenalan...

TAWAU – Seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan bersama-sama sembilan...

Wiski Dan Vodka Halal...

Sebuah syarikat pengeluar minuman keras telah mencipta dan memasarkan vodka dan wiski dalam 'versi...

Peserta Malaysia Ungguli Hafazan...

SEPANG - Dua peserta Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul johan dalam...

Op Ambang Tahun Baharu 2023 Di Pulau Pinang Bermula Esok

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan mengadakan tindakan pencegahan bersepadu (Op Ambang Tahun Baharu 2023) bermula esok hingga 1 Januari 2023 bagi mencegah aktiviti samseng jalanan dan kegiatan jenayah di negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, operasi itu diadakan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga dan semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal mematuhi undang-undang.

Jelas beliau, operasi itu melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 1,081 orang terdiri daripada 149 pegawai dan 932 anggota.

”Operasi ini dilancarkan di seluruh kontinjen polis Pulau Pinang melibatkan lima daerah dan akan turut dibantu dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain agensi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu juga akan ditumpukan di kawasan-kawasan panas (hotspot) yang telah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan mat-mat rempit.

“Kita telah kenal pasti 12 ‘hotspot’ yang menjadi lokasi mat-mat rempit ini berkumpul dan melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Selain itu, kita juga akan menjalankan operasi di lain-lain lokasi dan menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal-motosikal yang diubah suai dan sebagainya,” katanya.


Tambah beliau, tindakan sitaan kenderaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diambil sekiranya pemilik motosikal didapati mengubah suai motosikal secara haram.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang Januari hingga Disember tahun ini, seramai 108 ‘mat rempit’ telah ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

”Operasi samseng jalanan ini akan berterusan sepanjang tahun depan dengan menumpukan pemeriksaan di bengkel-bengkel haram yang menjalankan kegiatan modifikasi tanpa kebenaran,” katanya.

Sementara itu, ujar beliau, Op Ambang Tahun Baharu 2023 juga memfokuskan kepada pencegahan jenayah dan operasi parking haram yang dilakukan di kawasan yang telah dikenal pasti terutama di kawasan tumpuan pelancong.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengunjung yang menetap di inap desa berdekatan dengan kawasan perumahan menjaga kelakuan dan tidak membuat bising hingga boleh mencetuskan perbalahan.

”Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang telah melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori