Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Baharu Berteraskan Tadbir...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pentadbiran Putrajaya selepas...

Tiada DNA Khinzir Dalam...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan...

Kerajaan Lulus Pinjaman Mudah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah...

84 Sembuh, Dua Kematian,...

DUA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Negeri Sembilan dalam Op Khas Ekzos Bising di sekitar negeri ini bermula 1 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, operasi yang bermula pukul 6.30 hingga 8 pagi itu dijalankan bagi mengesan kenderaan yang mengubah suai bahagian ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai.

“Hasil Op Khas Ekzos Bising yang dijalankan pada 1 Disember lalu, sebanyak 215 buah kenderaan diperiksa dengan 96 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak lima saman bagi kesalahan mengubah suai ekzos dikeluarkan ke atas lima buah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahmad Dzaffir, sebuah motosikal juga disita atas kesalahan ekzos bising dan pengubahsuaian yang keterlaluan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang disita akan diserahkan semula kepada pemiliknya setelah diambil tindakan dengan menukar kepada ekzos asal kenderaan tersebut,” katanya

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori