Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Isu, Skandal Babit ATM...

KUALA LUMPUR - Sebarang isu dan skandal yang dikaitkan dengan Angkatan Tentera Malaysia...

Kakitangan & 3 Penuntut...

BUKIT MERTAJAM - Seorang kakitangan dan tiga penuntut Politeknik Seberang Perai (PSP), di...

Yew Yin Menyesal Hina...

KUALA LUMPUR – Setelah menerima kritikan bertalu talu, ahli perniagaan terkenal, Koon Yew...

Netizen ‘Fed Up’ Izreen...

NAMA, Izreen Azminda mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik,...

Pahang Catat 574 Mangsa Banjir Setakat Pukul 5 Petang

KUANTAN: Seramai 574 mangsa banjir daripada 174 keluarga di negeri ini berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sehingga pukul 5 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan laporan Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 387 mangsa banjir di daerah Temerloh dipindahkan ke PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan yang dibuka sejak Khamis lalu.

Di Bera, 18 mangsa banjir berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar yang dibuka pada Jumaat lalu dan sembilan mangsa berada di PPS SK Kerayong.

Selain itu, di Lipis pula, dua PPS dibuka di mana seramai 52 mangsa banjir berada di SK Lubuk Kulit dan 31 mangsa berada di Masjid Lubuk Kulit.


Dalam pada itu, di Jerantut, seramai 39 mangsa ditempatkan di dua buah PPS iaitu 19 di SK Batu Balai dan 20 di Balai Raya Kampung Sempadan.

Sementara itu, sebanyak empat buah PPS di buka di Raub yang mana seramai 30 mangsa berada di SK Ulu Atok, tiga mangsa berada di Balai Raya Kampung Ria, lapan mangsa berada di Masjid Kampung Kuala Semantan, dan tujuh mangsa berada di PPS Balairaya Kampung Sengkala.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori