Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tikam Perut Rakan, Penarik...

KUALA LUMPUR - Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

UMNO Perlu Giat Usaha...

PONTIAN - Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan...

Onn Hafiz Ziarah Pusara...

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluangkan...

Ritual Ayam Belanda Berarak...

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter....

Pelajar 16 Tahun Sakit Di Perut, Kencing Berdarah Dibelasah ‘Senior’

BENTONG : Polis memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar berusia 16 tahun dipukul rakan ‘senior’ ketika berada di asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini, Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa semalam.

“Mangsa mengadu sakit pada bahagian perut dan kencing berdarah pada pukul 10 pagi, semalam ketika berada di rumah dan bapanya membawa anaknya ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki mangsa dipukul dan selepas bapanya bertanya lebih lanjut barulah mangsa menceritakan kejadian sebenarnya, iaitu dipukul pelajar ‘senior’ kira-kira pukul 2 pagi hari Jumaat semasa berada di asrama sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar ‘senior’ yang didakwa membelasah mangsa berusia 17 tahun dan tinggal di asrama sekolah menengah berkenaan.

“Pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong sudah pun menghubungi pihak sekolah bagi melakukan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Akta Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

-Utusan Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • buli

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori