Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas Pengarah MKN Terkejut...

PUTRAJAYA - Bekas pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Perlis, Safrul Faiz Abd...

Siti Nafi Dakwaan Liar...

BELUM pun reda kegembiraan menyambut kelahiran anak perempuannya tempoh hari, penyanyi tersohor negara,...

Varian XBB Tiada Di...

KUALA TERENGGANU: Mutasi baharu subvarian Omicron dinamakan varian XBB yang setakat ini dikesan...

PAS Kelantan Tetap Pinda...

PETALING JAYA - PAS Kelantan akan meneruskan rancangannya untuk meminda Rang Undang-undang Kanun...

Pelan Tindakan Banjir Shah Alam Kini Bermula

SHAH ALAM : Pelan Tindakan Banjir Shah Alam atau Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan (SASUD) yang diperkenalkan selepas bencana banjir di negeri ini penghujung tahun lalu, kini bermula dengan fasa pertama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim, berkata projek SASUD fasa pertama itu membabitkan pembinaan rumah pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25.

“Pelaksanaan projek pertama ini diberikan keutamaan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi diselaraskan di bawah kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan projek banjir diberikan keutamaan mengikut keperluan segera.

“Pam yang akan digunakan adalah berkapisiti tinggi dan mampu mengepam air sebanyak 1 meter padu per saat.

“Sementara itu (sebelum pasang pam) kita akan membetulkan struktur dan longkang untuk menempatkan pam ini, kemudian pam boleh dipasang. Ia dijangka enam bulan hingga setahun siap.

“Kita beri jaminan, akan cuba meminimumkan sebaik mungkin tetapi bukan 100 peratus tidak banjir. Jika berlaku, kita akan usaha lagi cari kaedah berterusan untuk pastikan tempat ini selamat daripada kemusnahan akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD) di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid dan Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Izham berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan empat projek SASUD dalam usaha mengatasi masalah banjir di kawasan pentadbiran MBSA.


“Selain di Jalan Khidmat dan Jalan Saksama, ia merangkumi projek menaiktaraf rumah pam serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan Seksyen U1.

“Selain itu ia turut membabitkan membaik pulih dan naiktaraf sistem pembentungan di sebahagian Kampung Bukit Naga Seksyen 32, Shah Alam. Keseluruhan kos bagi projek pelan tindakan banjir ini bernilai RM14.6 juta,” katanya.

Beliau berkata, SASUD yang diperkenalkan oleh MBSA itu merangkumi komponen ‘structural mitigation measures’ dan ‘non-structural mitigation measures’.

“Pelaksanaan SASUD bertujuan, menaiktaraf sistem perparitan utama perbandaran ke arah reka bentuk minimum 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI) juga menaiktaraf kolam takungan yang mampu berfungsi apabila banjir luar biasa.

“Ia juga bagi menambah struktur penyokong air larian permukaan seperti parit erong, menyediakan tebatan banjir yang boleh menyokong sistem tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Neger Selangor.

“Juga membina sistem ramalan dan pemantauan banjir perbandaran secara bersepadu berkonsepkan Artificial Intelligence (AI),” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pelaksanaan awal SASUD merangkumi 30 projek bagi fasa satu dan 19 projek bagi fasa dua.

“Pelan pelaksanaan projek ini dibahagikan kepada tujuh lembangan iaitu lembangan Sungai Kandis, lembangan Sungai Rasah, lembangan Sungai Renggam, lembangan Sungai Binjai/Sungai Puloh, lembangan Sungai Buloh, lembangan Sungai Air Kuning/Sungai Damansara dan lembangan Sungai Rasau,” katanya.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori