Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Malaysia Bakal Hadapi Defisit...

TIDAK ada agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia yang meletakkan hutang negara Malaysia pada...

K’jaan Pusat Serah Hala...

PUTRAJAYA - Kerajaan persekutuan menyerahkan hala tuju penstrukturan semula industri bekalan air Selangor...

KeTTHA Teliti Cadangan Pindaan...

IPOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang meneliti cadangan pindaan...

Keputusan Pinda, Mansuh Akta...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada kerajaan PH akan memansuh atau meminda Akta...

Permohonan Peguam Cabar Pengampunan Anwar Didengar 10 Jan

KUALA LUMPUR : Permohonan seorang peguam untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengembalikan saman mencabar kesahan pengampunan diraja yang diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 akan didengar 10 Januari tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memohon kebenaran merayu susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 21 September tahun lalu yang membenarkan rayuan Anwar untuk membatalkan saman difailkan terhadap perdana menteri itu dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Tarikh berkenaan ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mazuliana Abdul Rashid, melalui prosiding pengurusan kes secara e-Review hari ini.

Ia turut dihadiri peguam J Leela mewakili Anwar dan Azureen Ibrahim bertindak bagi pihak Mohd Khairul Azam.

Mohd Khairul Azam yang memfailkan saman pemula pada 26 Februari 2020 dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar sebagai defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Peguam itu mendakwa, pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan kerana kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.


Ketika itu, katanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.

Pada 21 September 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula selepas memutuskan Mohd Khairul Azam mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan saman itu.

Ia diputuskan atas alasan beliau ahli masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam serta wujud isu yang boleh dibicarakan dan perlu didengar sepenuhnya.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Anwar dengan memutuskan keputusan itu dibuat berdasarkan pelaksanaan hak pengampunan diraja yang tidak dapat diubah atau disahkan oleh mahkamah.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori