Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tembak Mati Geng...

BUKIT MERTAJAM - Polis menembak mati seorang anggota kongsi gelap dalam kejadian berbalas...

NRE Tawar Khidmat Urus...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Institut Penyelidikan...

Elak Budaya Politik Tidak...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa...

150 Anggota Polis Daerah...

SEREMBAN - Seramai 150 anggota dan kakitangan polis daerah Seremban tampil menderma darah...

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohamad berkata pembayaran itu akan disalurkan kepada pesawah di tiga negeri terlebih dulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan terima apabila baki bantuan khas Bernas berjumlah RM50 juta disalurkan.

“Kementerian dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pesawah di tiga negeri terbabit akan menerima bantuan khas itu selewat-lewatnya pada 16 Jan depan.

Dia berkata seramai 20,598 pesawah akan mendapat manfaat daripada pembayaran itu, iaitu berjumlah RM250 seorang.


Awal bulan ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan dia telah mengarahkan Bernas untuk membuat bayaran RM10 juta kepada pesawah miskin.

Jumlah itu akan dinaikkan kepada RM50 juta mulai tahun depan.

Ketika mengumumkan perkara itu, Anwar berkata dia telah “menegur” pemilik Bernas, jutawan Syed Mokhtar Albukhary, berhubung monopoli syarikat itu terhadap import beras.

Syed Mokhtar menguasai 92 peratus saham Bernas, yang diperolehinya pada 2014 daripada bekas menteri Shahidan Kassim dan ahli perniagaan Tan Boon Seng.

Anwar juga berikrar bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kekayaan dibolot ahli politik dan kalangan yang dekat dengan mereka, dengan “menghisap darah” pesawah miskin.

-Malaysia Kini

1 komen

  1. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori