Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Selangor Terima...

MELAKA - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Larangan Di Lokasi Tertentu...

JOHOR BAHRU - Cadangan larangan remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya,...

Papan Tanda Bahasa Inggeris...

USAHA pihak berkuasa mendirikan papan tanda sebagai peringatan atau amaran kepada orang awam sememangnya...

Haiwan Juga Boleh Terdedah...

ALOR SETAR - Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan...

PGIR Serah Memorandum Tuntutan KWSP

Kuala Lumpur : Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) menyerahkan memorandum tuntutan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar di luar pekarangan bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, tuntutan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pada 9.45 pagi.

Menurutnya, seramai 15 ahli persatuan sebelum itu, berkumpul di Tugu Negara sebelum mendapat arahan kebenaran bergerak ke lokasi penyerahan itu dengan diberi masa kira-kira 20 minit sebelum diminta bersurai.

“Kami tidak ada perhimpunan sebaliknya cuma bersoladariti untuk menyokong penyerahan memorandum tuntutan itu dan semuanya dilakukan dengan aman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dengan penyerahan memorandum tuntutan itu, pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian kepada suara rakyat yang berhadapan kesukaran kos sara hidup ketika ini.


“Kami juga berharap dan meminta wakil rakyat blok kerajaan menyokong tuntutan ini dan berbincang dengan Perdana Menteri untuk mengambil serius perkara ini kerana rakyat sedang terdesak sekarang ini.

“Kami juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi bantuan dan kerjasama untuk memudahkan proses serahan itu,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, PGIR mendakwa membawa ‘suara’ 270,000 pencarum KWSP, memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar.

Azmi dilaporkan berkata, aduan terbabit diterima melalui borang dalam talian bermula Julai hingga November lalu dan mendesak kerajaan meluluskan tuntutan bersasar itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori