Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aduan SKMM Kini Boleh...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk...

Jangan Terlalu Sensitif Dengan...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia untuk...

PM Sampaikan Perutusan Negara,...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Negara...

Kerajaan Definisikan Perkataan, Perbuatan...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mendefinisikan perkataan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis menandatangani pemuafakan berkenaan berlangsung di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Program dimulakan dengan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani setiausaha-setiausaha gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN) Datuk Loretto S Padua Jr (Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS) dan Datuk Seri Masidi Manjun (GRS).

Majlis kemudian diteruskan dengan majlis menandatangani perjanjian sama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH; Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu; Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng.


Kerajaan Perpaduan hari ini dibentuk hasil gabungan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain beberapa wakil rakyat Bebas dan parti kecil.

Majlis pemuafakatan itu penting bagi Anwar selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan yang diketuainya demi mengukuhkan kestabilan dan kedudukan kerajaan sekarang.

Ia sekali gus mendahului usul percaya dan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.

Kerajaan Perpaduan dibuat atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimana Anwar dilantik sebagai Perdanan Menteri bagi mengetuai kerajaan itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori