Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wujudkan MRSM Berbayar Penuhi...

PUTRAJAYA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Kemaluan Disengat Ikan Pari,...

AZAB... Seorang lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di...

Kongres PKR Tunda Lagi,...

PETALING JAYA : Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung dari 25 hingga 26 Jun...

UMNO Pertikai Bekas Editor...

PROTES... UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik DAP, Wan Hamidi Hamid...

Pindaan Akta Kerja 1955 Untuk Waktu Kerja Fleksibel

SHAH ALAM : Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal diberi tumpuan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, V Sivakumar, berkata pindaan itu termasuk beberapa pelan lain yang dirancang oleh kementerian yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas daripada semua agensi bawah kementerian untuk mengetahui peranan serta fungsi setiap jabatan dengan baik.

“Saya juga sedang lihat semua dasar-dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan itu akan dibuat selepas mendapatkan input. Mungkin saya akan mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan maklumat.

“Saya harap perkara-perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS 29 Sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.


Mengulas mengenai konvensyen berkenaan, Sivakumar turut menggalakkan kerjasama kukuh antara semua pekerja awam dan pimpinan negara untuk memastikan integriti sentiasa dipelihara.

“Semua penjawat awam perlu menyemai semangat integriti yang menjadi prinsip dan tunggak kepada pembangunan negara,” katanya.

Turut hadir adalah Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Terdahulu, konvensyen berkenaan dihadiri lebih 2,000 perwakilan daripada kesatuan-kesatuan penjawat awam dari seluruh negara.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori