Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Kanak-kanak Diikat: Taska...

KAJANG - Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes...

Ozil Kritik Umat Islam...

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti...

Kempen PRK KKB Berjalan...

SHAH ALAM : Polis Selangor menerima 10 laporan berhubung kempen Pilihan Raya Kecil...

Kaji Inisiatif Tarik Rakyat...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji inisiatif terbaik bagi menarik rakyat yang bekerja...

PM Pegang Portfolio Kewangan Untuk Tingkat Keyakinan Pada Ekonomi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dia turut memegang portfolio kewangan kerana ingin meningkatkan keyakinan peniaga tempatan dan pelabur asing terhadap ekonomi negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung malam ini, Anwar mengumumkan senarai jemaah menteri dengan dia sebagai menteri kewangan.

Ketika sesi soal jawab kemudiannya, dia berkata pada mulanya tidak cenderung untuk memegang portfolio itu.

“Saya tidak cenderung, tetapi saya mahu memulakan satu pendekatan dan dasar dan beri keyakinan (dalam kalangan) peniaga tempatan dan pelabur asing terhadap ekonomi.

“Saya fikir pada peringkat permulaan ini, biar saya teruskan dan dibantu oleh pasukan yang mantap dengan penjawat awam dan penasihat yang tidak akan bebankan kewangan kerajaan,” katanya.

Baca senarai penuh barisan kabinet Anwar

Sebelum itu, selain senarai menteri, dia turut memaklumkan penubuhan kumpulan penasihat yang akan membantu kerajaan, khususnya kementerian kewangan.

”Urusan kerajaan khususnya kementerian kewangan akan dibantu oleh beberapa nasihat yang tak akan mengambil upah, yang akan diketuai oleh penasihat (bekas CEO) petronas Hassan Merican,” katanya.


Anwar sebelum ini dilaporkan tidak mempertimbangkan untuk memegang portfolio kewangan.

Kali terakhir perdana menteri memegang portfolio itu adalah ketika pentadbiran Najib Razak.

Untuk rekod, manifesto PH pada PRU 2018 juga menyatakan perdana menteri tidak akan memegang sebarang kementerian lain.

Berdasarkan pengumuman hari ini, seramai 15 menteri adalah daripada PH, dengan lapan dari PKR, diikuti DAP (empat), Amanah (dua) dan Upko (satu).

Sementara itu, BN pula diwakili enam menteri dengan kesemuanya dari Umno, sementara GPS dengan lima menteri. GRS pula diwakili seorang menteri.

Seorang lagi menteri, iaitu Dr Naim Mokhtar yang memegang portfolio agama – bukan dari mana-mana parti. Dia pada masa ini adalah Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori