Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Raih Emas Ke-2...

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia...

Pekerja Syarikat Kurier Biadap,...

GARA-GARA berang dengan tindakan sebuah syarikat perkhidmatan kurier yang sambil lewa mengendalikan barang,...

Piala AFF: Malaysia &...

KUALA LUMPUR - Malaysia berpeluang membalas dendam tumpas 0-2 di tangan Vietnam pada...

Berfikir Di Luar Kotak...

KANGAR - Usaha mencari sumber semula jadi yang terhad dalam negeri yang kecil...

PM Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.

Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.


“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 104 penerima hari ini.

-Malaysia Kini

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori