Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

Orang Awam Dinasihat Tidak...

KUALA LUMPUR - Ekoran kejadian tragik kebakaran pusat tahfiz pada pagi Khamis lalu,...

Pelarian Rohingya Kekurangan Makanan

COX'S BAZAR (Bangladesh) - Bekalan makanan di lebih 10 kem pelarian Rohingya kian...

Perkhidmatan Rapid KL Monorail...

KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Rapid KL Monorail beroperasi semula sepenuhnya pada jam 4 petang...

PN Turut Hantar Calon Jawatan Speaker

Kuala Lumpur : Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan turut menghantar nama calon bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika dihubungi sebentar tadi.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama berkenaan, selain menafikan beliau adalah calonnya.

“Ya…bukan sayalah. Saya akan terbang ke Qatar menyaksikan perlawanan (akhir) bola sepak (Piala Dunia) pada 18 Disember ini.

“Tetapi saya bagi isyarat kena hantar nama sebelum jam 5 petang ini,” katanya kepada BH, di sini.


Sementara itu, sumber Bersatu mengesahkan pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat mewakili PN sedang diuruskan di peringkat parti.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan hari ini adalah hari terakhir bagi pemakluman dan pemberian notis berhubung pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Setiausaha Dewan Rakyat, sebelum persidangan Parlimen berlangsung 19 Disember ini.

Azhar perlu mengosongkan jawatannya itu mulai 12 tengah malam pada 18 Disember ini, seperti yang termaktub mengikut Perlembagaan.

Sehingga semalam, dua nama yang disebut-sebut paling layak menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori