Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Undang-Undang Perlu Untuk Elak...

KUALA LUMPUR – Koc Merah Jambu, koc khas yang diperuntukkan hanya kepada penumpang...

Ahmad Zahid Nafi Rasis...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya...

Penonton Disediakan Santapan Pagi...

Mengejutkan....  Penonton yang menyaksikan rancangan BBC Breakfast dikejutkan dengan aksi separuh bogel Helen Butters...

STR Fasa 2 Diagih...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai...

Polis, JPJ Periksa 300 Motosikal Masuk Langkawi

LANGKAWI : Polis memeriksa kira-kira 300 buah motosikal yang memasuki pulau itu secara berkonvoi sempena cuti umum sambutan tahun baharu 2023 di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu dilaksanakan selama 12 jam bermula pukul 9 pagi di Dermaga Tanjung Lembung, Bayas.

Katanya, sebanyak 164 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen dan mengubah suai kenderaan.

“Saman tertinggi dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran sebanyak 70 saman dan 38 saman berkaitan cermin sisi serta saman melibatkan ubah suai kenderaan sebanyak 29 keping yang dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

“Operasi melibatkan seorang pegawai dan 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,” katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, polis turut mengeluarkan saman kerana kesalahan tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos, tidak mempamerkan Lesen Belajar Memandu (LDL) atau ‘Lesen L’ pada kenderaan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Shariman berkata, JPJ juga mengeluarkan 42 saman dan 55 notis bagi pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan dua pegawai dan 11 anggota jabatan itu pada operasi sama.

Dalam pada itu, pihaknya akan mengadakan pemantauan tambahan bagi memastikan keselamatan pengunjung di sekitar Langkawi sempena Tahun Baharu 2023 yang biasanya akan disambut pada tengah malam nanti.

-Utusan Online

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori