Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiga Projek PR1MA Dilancar...

ROMPIN - Kerajaan Pahang akan melancarkan tiga projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan...

28 Jenis Barangan Dikesan...

JOHOR BAHRU – Harga kobis bulat import dari China dan cili hijau tempatan...

Ratusan Paus Mati Di...

WELLINGTON - Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai, dengan ratusan daripadanya...

Leclerc Rampas Petak Utama...

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan...

PU Azman Didakwa Lagi

Shah Alam : Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2017.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, PU Azman, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah yang turut dikenali sebagai Cik Man didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah inap desa di Jalan Kebun dekat sini pada September 2017.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan lain-lain saksi pendakwaan.

Peguam Fahmi Adilah memohon jaminan tidak terlalu tinggi dikenakan atas faktor kewangan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan ketika ini selepas siasatan dilakukan terhadapnya sejak September lalu.

Katanya, tertuduh juga sudah membayar jaminan keseluruhan RM74,000 bagi pertuduhan-pertuduhan di Mahkamah Seremban, Mahkamah Klang dan Mahkamah Ampang.


Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi kes serta melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Januari depan.

Semalam, pendakwah selebriti itu didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang dengan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pada 7 Disember lalu, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Klang atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama pada 12 Oktober.

PU Azman tidak mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan berkenaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori