Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MSM, Kerajaan Bincang Semak...

SHAH ALAM - Pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) melakukan...

Asrama Wanita Sekolah Agama...

MARAN - Bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maran di sini, musnah...

Qobin Berjaya Dibawa Keluar...

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin tiba di Punta...

7 Rumah P.Pinang Markas...

KEPALA BATAS - Enam buah rumah dan sebuah markas PAS di Kampung...

Remaja OKU Maut Digilis Lori Muatan Pasir

SUNGAI PETANI : Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda menerima laporan kejadian itu pada pukul 5.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah lori yang membawa muatan pasir.

“Mangsa berusia 20 tahun ketika kejadian sedang menunggang motosikalnya dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani sebelum hilang kawalan dan melanggar Toyota Hilux di hadapannya.


“Kesan pelanggaran kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke kanan laluan sebelum digilis lori muatan pasir yang berada di belakangnya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Zaidy, mangsa yang merupakan pembantu kedai makan maut serta merta di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah hampir keseluruhan badannya akibat digilis lori berkenaan.

“Pemandu Toyota Hilux dan pemandu lori pasir masing-masing berusia 30 dan 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori