Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mengundi Rabu Tak Jejas...

KUALA LUMPUR – Dakwaan beberapa pihak bahawa tarikh mengundi yang jatuh pada hari...

Pencemaran Toksik: Petugas Media...

PASIR GUDANG - Setelah lebih seminggu petugas media 'berkampung' di Pusat Gerakan Jawatankuasa...

“Aiman Pun Tak Kisah...

FARA Hazel, kakak kepada penyanyi Aiman Tino memberitahu ada menggunakan nama dan populariti...

Himpunan 355 Tindak Balas...

KUALA LUMPUR - Himpunan 355 di ibu negara pada 18 Februari ini merupakan...

RM50,000 Diberi Untuk Setiap Calon PN Bukan Daripada Syarikat Judi – Hamzah

ROMPIN : Perikatan Nasional (PN) mengakui bahawa calon yang mewakili gabungan itu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberikan dana untuk tujuan kempen, namun menafikan ia datang dari syarikat perjudian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, gabungan itu hanya memberikan RM50,000 kepada setiap calon yang bertanding di bawah tiket PN pada PRU15.

“Mereka bimbang dengan apa yang berlaku ketika pilihan raya baru-baru ini, oleh itu Anwar (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendakwa untuk kempen, PN menerima jutaan ringgit dana daripada ‘tauke’ judi.

“Ya, benar kami berikan dana. Saya Setiausaha Agung PN dan ada ramai calon di depan saya…kami hanya memberikan RM50,000 untuk setiap calon.

“Jika saya ada duit daripada kaki judi, saya rasa (PN) bukan sahaja menang 73 kerusi, (malah) 30 (kerusi) BN juga kita sapu habis.

“Namun kerana kami tidak mempunyai wang mencukupi, sebab itulah kita tak dapat menang banyak,” katanya dalam satu ceramah ketika berkempen untuk PRU15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di sini, malam tadi.

Semalam, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya membayangkan dana kempen pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.


Pada sidang media sama, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun berkuat kuasa 1 Januari depan.

Sementara itu, Hamzah mengingatkan Anwar bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik membarisi senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan kini, adalah Menteri Kewangan ketika Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusan berkaitan cabutan khas syarikat perjudian diputuskan Menteri Kewangan dan Tengku Zafrul harus menjawabnya.

“Beliau (Anwar) berkata ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini terdapat 22 cabutan khas. Siapa Menteri Kewangan? (Jawapannya) Tengku Zafrul (dan) anda kena tanya Tengku Zafrul.

“Hari ini (semalam) ketika mesyuarat Kabinet diadakan beliau (Anwar) mengumumkan 22 cabutan khas dikurangkan kepada lapan, jadi apa maksudnya?

“Ini hanya menunjukkan Menteri Kewangan ada kuasa dan dalam perkara berkenaan perjudian hanya Menteri Kewangan berkuasa dan anda perlu tanya Tengku Zafrul,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori