Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Dr. Asyraf Wajdi...

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

APM Perlis Minta Penduduk...

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis meminta penduduk mematuhi arahan berpindah...

Muntah Keluar Benang, Aweera...

MENGAKUI sering demam dan batuk sejak 3 bulan lalu, Aweera tidak menyangka sakit...

PRK Sg Kandis: Utamakan...

KEMENANGAN Pakatan Harapan dalam PRU14 lalu adalah kemenangan songsang manifestasi penggunaan teori ‘Machiavelli’...

Russia Akan Musnahkan Sistem Ketenteraan AS Di Ukraine

MOSCOW: Russia menegaskan tentera akan memusnahkan kelengkapan tentera canggih milik Amerika Syarikat (AS) yang akan dihantar ke Ukraine, lapor REUTERS.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap dalam temu bual di stesen televisyen Russia, Putin berkata, sistem pertahanan itu akan dihantar kepada Ukraine seperti dijanjikan Presiden AS, Joe Biden.

“Sudah tentu kami akan memusnahkannya, semuanya,” katanya merujuk sistem pertahanan peluru berpandu Patriot.

Pada masa sama, Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan kesediaan negara itu berunding dengan semua pihak terbabit dalam konflik di Ukraine.

Putin mendakwa rundingan mungkin berdepan kesukaran kerana Ukraine dan negara Barat yang menyokong Kyiv enggan berbuat demikian.


“Kami bersedia untuk berunding dengan semua orang yang terbabit mengenai penyelesaian. Kami bukan di pihak yang menolak rundingan tetapi mereka.

“Saya percaya, kami bertindak di haluan yang betul. Kami mempertahan kepentingan negara, kepentingan rakyat, orang kami.

“Kami tidak ada pilihan, selain melindungi rakyat kami sendiri,” tegasnya seperti laporan AFP.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori