Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Diramal Berlaku...

KUALA LUMPUR: Ribut petir dari pagi hingga petang diramal berlaku esok di satu...

Prank Gagal, Kepala Tersekat...

SEORANG gadis berusia 15 tahun yang berasal dari Alabama, Amerika Syarikat (AS) yang...

Syarikat Pemaju Didenda RM12,000...

PASIR MAS –Sebuah syarikat pemaju didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas...

4 ‘Superman’ Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan dalam Operasi...

Sabah Laksana Dasar Lebih Kukuh Pacu Ekonomi 2023

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan dasar kukuh dalam usaha membawa lebih banyak pelaburan dan mewujudkan ‘spin-off’ ekonomi di Sabah pada 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pihaknya melakukan yang terbaik di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang tahun ini.

Menurutnya, sehingga kini, kerajaan negeri memperoleh hasil sebanyak RM6.6 bilion dan menjadi bukti prestasi pihaknya sejak merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963.

Katanya, ini seperti dibuktikan dalam Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM5.138 bilion yang diluluskan baru-baru ini, terbesar dalam sejarah negeri.

“Di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ, kami mencapai rekod pelaburan langsung asing serta pelaburan domestik. Terbaru ialah projek keluli hijau bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Menerusi projek ini, kita akan memperoleh RM33.4 bilion termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini dalam proses untuk dilaksanakan.

“Sabah juga dijangka mengutip hasil tambahan RM2.45 bilion setahun dalam bentuk royalti dan bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada minyak dan gas.


“Kami akan meneruskan momentum ini dan menetapkan sasaran kepada lebih banyak peluang yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai sektor di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2023 hari ini.

Hajiji berkata bagi memastikan keadaan terbabit berterusan, kestabilan politik dalam negeri ini amat penting.

“Kita mesti menghalang sebarang bentuk perpecahan yang hanya akan memisahkan kita.

“Kita melangkah ke tahun baharu dengan azam, bersatu dalam kepelbagaian dan melakukan yang terbaik mengikut mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita.

“Justeru, marilah kita berganding bahu merealisasikan empat tonggak pertumbuhan untuk menyokong agenda pembangunan ‘Sabah Diutamakan’, ‘Sabah Melangkah ke Hadapan’, ‘Sabah Maju Jaya’ dan ‘Sabah Bersatu’,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori