PUTRAJAYA – Malaysia dilihat perlu menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah mengekalkan kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang terkesan serta begitu memerlukan.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, menteri berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara.
Katanya, mesyuarat itu membincangkan mengenai isu yang dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu di mana beliau memberikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak terlibat.
āSusulan itu, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan serta memerlukan.
āSebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu yakni 1 juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik.
āJabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini,ā katanya di sini tadi.
-Kosmo Online