PUTRAJAYA – Sambutan Ambang Tahun Baharu yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember depan dibatalkan oleh kerajaan sebagai menghormati bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur ketika ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara berkenaan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini tadi.
“Oleh kerana banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka dibatalkan,” katanya.
-Kosmo Online