Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Mereka Datang Jemput Pakcik”

KUALA BERANG - Meskipun menghadapi pelbagai kesukaran, seorang warga emas yang juga orang...

Terima Komen Ugutan Rogol,...

ISTERI pelakon Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle menganggap komen berbaur ugutan rogol...

VIDEO: Ngeri.. Detik Peguam...

DETIK mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar...

Roboh Highland Towers: Masalah...

HULU KELANG - Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit...

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP) yang tidak hadir ke Majlis Anugerah Sastera Darul Aman (ASDA) di sini, malam tadi atas alasan Kedah kini adalah negeri pembangkang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sanusi berkata sebagai agensi kerajaan, DBP tidak wajar mengamalkan amalan ‘sihir pemisah’ kerana sastera tidak sepatutnya dicampur aduk dengan politik.

“Kekecewaansaya lahirkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak hadir ke majlis ini. Saya difahamkan atas alasan kerana negeri Kedah ini negeri pembangkang.

“Dalam karya karya sastera adalah istilah yang sesuai, tak bolehmereka mengamalkan ‘sihir pemisah’ kerana politik. Sastera penulisan ini dia duduk bakul lain tak boleh tak boleh,” katanya ketika ditemui selepas majlis anugerah berkenaan di Ibu Pejabat MADA, di sini, malam tadi.

Muhammad Sanusi berkata anugerahyang kali pertama diadakan dalam tempoh 47 tahun itu sepatutnya mendapat kerjasama dengan DBP yang berperanan memartabatkan bahasa, seni dan kesusasteraan.

Jesteru katanya, beliau sangat berharap agensi kerajaan yang mengawal selia agenda terbabit khususnya penulisan tidak diheret ke kancah politik.

“Dalam sejarah 47 tahun di Kedah. apabila buat pertama kali diadakan Anugerah Sastera Darul Aman untuk penulis penulis pengkarya pengkarya sastera dari negeri Kedah.


“Alhamdulillah saya ucap tahniah kepada Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) yang telah berjaya menganjurkan majlis ini sebagai satu penghargaan pengiktirafan kepada satu dunia kesusasteraan yang semakin hari semakin dilupakan, kita tidak boleh meminggirkan bidang karya penulisan sastera seni yang begitu tinggi nilainya kepada masyarakat kita,”katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk memberi komitmen dalam anugerah itu pada tahun depan dengan peruntukan yang lebih besar berbanding tahun ini.

Katanya, Kedah melahirkan ramai Sasterawan Negara namun lebih banyak mendapat pengiktirafan di negeri lain.

“Jadi kalau dia tak bergerak ke negeri lain, dia tak dapatlah (anugerah), walaupun banyak anugerah anugerah diterima tapi oleh kerana kita tak ada anugerah di peringkat negeri, dia tak dapatanugerah di Asia Tenggara, rugilah penulis penulis kita dari negeri Kedah.

“Insha Allah tahun depan kita akan tambah peruntukan yang lebih sikitlah daripada tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu, sasterawan Osman Ayob dipilih untuk menerima Anugerah Sasterawan Kedah 2022.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori