Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Kejadian Rempuhan Warga...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menafikan berlakunya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang...

Khalid Minta Maaf, Tarik...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kata-kata yang...

Melaka United Fokus Kukuhkan...

MELAKA – Melaka United akan memberi fokus mendapatkan khidmat pemain pertahanan dan penjaga...

Lapangan Terbang Changi ‘Dipecah...

RUANG legar Lapangan Terbang Changi di Singapura semalam kecoh dengan satu kejadian pelik...

Selangor Rancang Ambil Alih Jalan Persekutuan Di Kawasan Perindustrian

Kerajaan Selangor merancang untuk mengambil alih sebahagian jalan-jalan Persekutuan di kawasan perindustrian yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata PBT mempunyai peruntukan untuk membaiki jalan-jalan yang rosak di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya proses tersebut mengambil masa untuk menentukan status jalan di kawasan perindustrian negeri itu sebelum diserahkan kepada PBT kerana terdapat jalan-jalan seperti jalan utama yang dikendalikan oleh JKR sepenuhnya.

“PBT dan JKR sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih sesetengah jalan di bawah JKR kerana jika jalan tersebut di kawasan perindustrian, saya tidak nampak ada masalah untuk JKR serahkan (kepada PBT).

“Kita harap ia dapat disempurnakan dalam masa yang singkat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.


Dalam perkembangan lain, Ng turut menjawab pertanyaan lisan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH-Taman Medan) berkenaan langkah kerajaan negeri menangani kewujudan premis-premis di kawasan industri yang terbiar.

Katanya PBT tetap memantau status premis-premis di kawasan industri terbiar bagi mengelakkan kejadian longgokan sampah haram, kegunaan premis bertentangan dengan aktiviti dibenarkan serta pembayaran cukai taksiran.

“Selain itu PBT akan mengenal pasti faktor dan cara untuk merangsang aktiviti ekonomi, memberi insentif atau memperkenalkan tarikan baharu yang bersesuaian untuk pertumbuhan pembangunan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya PBT menggalakkan kerjasama antara pemilik tanah atau premis dengan pihak berkepentingan atau pelabur untuk bersama-sama mengusahakan pembangunan di kawasan berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori