Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

7 Kapal Dikerah Cari...

Tujuh buah kapal dari Unit Keselamatan dan Penyelamat Basarnas dan dua helikopter Indonesia...

Variasi Padi Aerob Mampu...

MUAR - Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mempromosikan variasi padi...

Ujian Penilaian Kelas KAFA...

KUALA LUMPUR - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga...

Media Online Salah Lapor...

KUALA LUMPUR - Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berasa kesal dengan salah lapor...

Siasatan Tragedi Batang Kali 90 Peratus Siap

Siasatan polis berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Dis yang mengorbankan 31 nyawa kini telah hampir 90 peratus lengkap, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata kini hanya tinggal siasatan di lokasi kejadian, rakaman percakapan anggota pasukan penyelamat dan laporan patologi daripada pihak hospital untuk mengetahui punca kematian mangsa yang terlibat.

“Sehingga kini polis telah merakam keterangan daripada 77 orang saksi melibatkan mangsa yang cedera dan keluarga mangsa, operator dan pekerja tapak perkhemahan dan anggota pasukan penyelamat, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan serta Akta Kerajaan Tempatan 1974,” katanya kepada pemberita di Bangi hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Seramai 66 orang pelatih yang merupakan pelajar UKM menerima sijil selepas berjaya menamatkan latihan masing-masing di majlis berkenaan.


Sementara itu Arjunaidi berkata pihaknya telah mengesan 20 kenderaan yang tertimbus dalam kejadian berkenaan dan sedang mengenal pasti pemiliknya.

“Pihak polis tidak akan mengeluarkan kenderaan itu kerana ia tertimbus terlalu dalam, jadi ia terpulang kepada pemilik kenderaan itu nanti untuk berbincang dengan pihak insurans mereka berkaitan dengan tuntutan,” katanya.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori